
Peniaga bazar Ramadan perlu utamakan kebersihan – Kak Som
PENGKALAN BATU 4 April – Peniaga bazar Ramadan di negeri ini diminta agar mengutamakan aspek kebersihan dan tatacara pengendalian makanan yang betul.
Ia bagi mengelakkan berlakunya sebarang kes keracunan makanan sepanjang Ramadan tahun ini.
Lantaran itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Nordin mengambil inisiatif mengedarkan apron kepada peniaga selain mengingatkan mereka terhadap kepentingan kebersihan di tapak bazar.
Inisiatif itu telah dijalankan di bazar Ramadan Peringgit pada hari pertama Ramadan, semalam.
Menurut Kalsom, daripada lawatan itu, beliau berpuas hati dengan pengendalian makanan yang diterapkan 95 peniaga di kawasan itu.
Malah, beliau yang juga EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri berkata, aspek kawalan prosedur operasi standard (SOP) di sepanjang bazar berkenaan juga begitu baik dan terkawal.

“Diharap aspek kebersihan dan pematuhan SOP ini dapat menjadi contoh kepada semua bazar Ramadan di negeri sepanjang Ramadan tahun ini,” katanya yang mesra dengan panggilan Kak Som.
Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peringgit Shafrie Abdullah dan pemimpin setempat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SIRIH JUNJUNG SEBAGAI ‘KEPALA ADAT’ LAMBANG KESOPANAN, ADAB ORANG MELAYU
TANJUNG BIDARA 26 September - Sirih junjung bukan hanya sekadar untuk menterjemahkan kreativiti bermain dalam minta dengan menggubah daun sirih...
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...

