
PENOLONG PENGURUS SYARIKAT RUGI RM30,000 AKIBAT “PHONE SCAM”
SEREMBAN 3 September – Seorang penolong pengurus syarikat kerugian RM30,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai pegawai polis di Gemencheh, Jempol pada 27 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah JempolΒ Supt Hoo Chang Hook berkata wanita berusia 44 tahun itu dilaporkan menerima panggilan telefon daripadaΒ lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Norazlan daripada Kementerian Komunikasi di Putrajaya,Β memaklumkan nombor telefon pengadu disekat kerana terlibat dengan beberapa kes jenayah.
Beliau berkata lelaki tersebut kemudianΒ meminta pengadu menghubungi nombor 999 untuk buat pengesahan berkaitan kes ini.
“PadaΒ 9.30 pagi, pengaduΒ menghubungi 999 kerana percaya talian itu adalah pihak polis danΒ dijawab seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Ain daripada IPK( Ibu Pejabat Polis Kontijen) KelantanΒ dan wanita itu memaklumkan telah membuat semakan daripada Bukit Aman berkaitan perkara ini.
“Seterusnya, pengadu menerima panggilan menerusi aplikasiΒ WhatsApp memaklumkan dia terlibat dengan kes jenayah penggubahan wang haram serta dadahΒ bersama seorang lelaki CinaΒ dan turutΒ terlibat penjualan kad ATM CIMB kepada lelakiΒ tersebut berjumlah RM 20,000, selain menerima komisen bulanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hoo berkata pengadu sekali lagiΒ menerima pesanan WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yangΒ memperkenalkan diri sebagai ASP DatukΒ Azmi daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPK Kelantan memberitahu kes pengadu dapat diselesaikan.
“Pengadu seterusnya diminta memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia (BNM) dan diminta mengisikan maklumat yang diperlukan untukΒ kes ini disiasat oleh juruaudit daripada BNM.Β Wanita ituΒ kemudiannya mengisi butiran peribadi serta akaun termasuk nombor pin dalam pautanΒ yang diberiΒ oleh pemanggil tersebut,” katanya.
Beliau berkata pengadu kemudiannya berasa curiga lalu membuat semakan ke atas akaun Maybank dan mendapati duit sebanyak RM30,000 telah dipindahkan ke dalam akaun yang tidak dikenali.
Hoo berkata wanita itu berasa ditipu lalu membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


