
Penting perkasa pemimpin wanita muda – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 13 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pemimpin di semua organisasi, sama ada dalam kerajaan atau bukan kerajaan, parti politik dan sektor korporat, supaya mengenal pasti, meningkatkan dan memperkasakan pemimpin wanita muda.
Perdana Menteri berkata pemimpin wanita muda harus diberikan ruang kerana mereka perlu berkembang dan menunjukkan sepenuhnya potensi mereka.
“Saya yakin pemimpin wanita muda kita hari ini akan menjadi pemimpin hebat esok. Kita perlu berhenti meragui potensi mereka kerana sudah terbukti bahawa wanita juga dapat menjadi pemimpin yang lebih baik, ” kata beliau dalam ucaptama pada forum pemimpin wanita, “Rise 2021: Future Female Leaders Forum “ bertemakan “Women, The Key To A Brighter Future” di sini hari ini.
Beliau berkata memperkasa wanita lebih dari sekadar memberi kata-kata semangat tetapi juga mengakui bahawa ada cabaran budaya dan sistemik yang dihadapi wanita dalam kehidupan seharian mereka semata-mata kerana gender.
“Memperkasa wanita bermaksud kita tidak boleh menjadi penonton terhadap fakta ini tetapi menjadi orang yang secara aktif memberikan sokongan berterusan kepada wanita untuk mengatasi cabaran tersebut dan mencipta perubahan untuk dunia yang adil dan saksama,” tambahnya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘ROH MELAKA’ LAHIR DARIPADA KEPELBAGAIAN
BANDA HILIR 26 September - Kepelbagaian budaya, bangsa dan tamadun yang hidup bersama sejak berabad lamanya menjadi antara kekuatan utama...
WARISAN KUIH BULAN JADI TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 26 September - Festival Kuih Bulan bukan sekadar wadah meraikan tradisi masyarakat Tionghua, malah berpotensi dikembangkan sebagai produk...
‘ELEMEN VERNAKULAR WAJAR JADI KOMPONEN SAHAJA, BUKAN SEKOLAH’
AYER KEROH 26 September - Sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dalam bentuk sekolah berasingan sebaliknya elemen vernakular hanya perlu dikekalkan...
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...
SENTUHAN KASIH KETUA MENTERI NYALAKAN SEMANGAT CALON SPM MELAKA
PENGKALAN BATU 26 September - Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri menjadi pencetus semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk...
MATA PELAJARAN SEJARAH PERLU SENTIASA DIKAJI, DIKEMAS KINI
AYER KEROH 26 September - Mata pelajaran Sejarah perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini selaras perubahan sosio-budaya semasa bagi memastikan...
