Penubuhan Daerah Masjid Tanah: RM3 bilion untuk 133 projek pembangunan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 11 Dis. – Sebanyak 133 buah projek melibatkan lebih RM3 bilion diperuntukan bagi pembangunan di kawasan Parlimen Masjid Tanah bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) berkata, jumlah itu turut merangkumi 45 projek dengan nilai anggaran hampir RM1.7 bilion.

“Bagi peruntukan pembangunan negeri pula senarai projek-projek yang telah dirancang di bawah agensi permohonan peruntukkan pembangunan negeri tahun 2021 bagi Parlimen Masjid Tanah sebanyak 24 permohonan dengan nilai RM7.6 juta.

“Daripada jumlah itu 10 permohonan melibatkan sejumlah RM3.12 juta di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Amiruddin Yusof (BN-Ayer Limau) pada hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, bagi cadangan penubuhan Daerah Masjid Tanah, kerajaan turut mempunyai perancangan itu yang sempadannya melibatkan keseluruhan sempadan Masjid Tanah termasuk DUN Ayer Limau.

“Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 16 April 2020 mengenai penubuhan Daerah Masjid Tanah, adalah digariskan beberapa objektif yang menjadi hala tuju penubuhan daerah ini,” katanya.

Amiruddin dalam soalannya meminta penjelasan ketua menteri apakah perancangan pembangunan Parlimen Masjid Tanah khususnya di dalam DUN Ayer Limau.

 

Views:

748
Kongsi :
Previous post Pembangunan mega kemajuan Machap Jaya
Next post Melaka mohon peruntukan RM135 juta baik pulih hakisan pantai – Sulaiman
Ubah saiz-+=