Melaka mohon peruntukan RM135 juta baik pulih hakisan pantai – Sulaiman

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH, 11 Dis. – Kerajaan negeri memohon peruntukan sejumlah RM135 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi kerja-kerja pembaikan hakisan pantai melibatkan tiga daerah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, keputusan memohon peruntukan dibuat selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hakisan Pantai pada 26 November lalu.

“Jawatankuasa hakisan pantai telah bermesyuarat pada 26 November lalu dan memohon peruntukan dalam RMK-12 sebanyak RM135 juta dalam jangka masa panjang.

“Kerajaan negeri pula meluluskan sejumlah RM9.48 juta tender yang akan dikeluarkan dalam waktu terdekat, insya-Allah selepas dewan ini dan kerja akan dimulakan seawal Februari 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.

Katanya, setakat ini kerajaan negeri telah mengambil tindakan di lima kawasan yang terkesan akibat hakisan pantai tersebut.

“Daerah yang terlibat Alor Gajah, sudah pastinya di kawasan Masjid Tanah iaitu Kampung Kuala Linggi, Kampung Tengah Hilir, Pantai Telok Gong dan Tanjung Bidara.

“Kita telah pun ambil tindakan bagaimana untuk atasi hakisan yang menyebabkan kerugian dan hilang mata pencarian terutamanya nelayan-nelayan di kawasan terlibat,” katanya.

Views:

356
Kongsi :
Previous post Penubuhan Daerah Masjid Tanah: RM3 bilion untuk 133 projek pembangunan
Next post Pandu Honda Civic edar dadah
Ubah saiz-+=