Penularan ideologi, pemikiran bercanggah ajaran Islam dipantau

Masa Membaca:50 Saat

KUALA LUMPUR 14 Sept – Kerajaan memandang serius mengenai penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti Syiah, liberalisme dan pluralisme agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata beberapa langkah dilaksanakan kerajaan bagi membendung perkara itu daripada tersebar luas dalam kalangan masyarakat.

Antaranya, mengeluarkan hukum, mewartakan fatwa dan perundangan, memberi penjelasan serta penerangan kepada masyarakat, selain menyediakan kurikulum pendidikan peringkat rendah atau Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

“Perkembangan fahaman-fahaman itu di negara ini masih terkawal dan belum berada di tahap yang membimbangkan.

“Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri dan agensi keselamatan sentiasa memantau kewujudan aktiviti kumpulan ini bagi mengekang penularan fahaman-fahaman itu dalam kalangan masyarakat di negara ini,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Sabani Mat yang mahu tahu langkah diambil kerajaan bagi mengekang penularan fahaman berkenaan serta statistik terkini goolongan yang terlibat dengan fahaman itu.

— BERNAMA

Views:

701
Kongsi :
Previous post PM lawat Melaka
Next post Hakisan Pantai: Kerajaan negeri tidak lepas tangan
Ubah saiz-+=