Sorting by

×

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM PERJALANAN PULANG

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KLEBANG 3 September – Seorang pekerja syarikat petroleum di Sungai Udang maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan di Jalan Klebang Kecil, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi itu, mangsa Muhammad Hilman Zulkifli, 26, maut di lokasi kejadian.

Difahamkan, semasa kejadian pemuda terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Serkam, Jasin, dari tempat kerja di Sungai Udang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan maut itu membabitkan sebuah motosikal dan lori membawa muatan beras dipandu lelaki berusia 33 tahun.

“Sebelum kemalangan kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari arah persimpangan lampu isyarat Batang Tiga menghala ke Bulatan Klebang dan kemalangan berlaku di hadapan sebuah kondominium di simpang empat.

“Hasil siasatan awal dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan menghala ke Bulatan Klebang, dipercayai hilang kawalan dan terjatuh sebelum digilis lori yang datang dari arah sama,” katanya.

Menurutnya, akibat daripada kemalangan itu mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian susulan kecederaan dialami manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Penunggang motosikal yang maut kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, untuk proses bedah siasat selain kedua-dua kenderaan yang terlibat kini ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan dan pihak polis kini sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Penangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1490
Kongsi :
Previous post MPHTJ ‘GEMPUR’ PREMIS MAKANAN TIDAK BERSIH
Next post MELAKA BUKA JALAN KERJASAMA DENGAN NIPRO CORPORATION