Pergolakan politik letak nyawa rakyat dalam bahaya – Muhyidin

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PUTRAJAYA 13 Ogos – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa dukacita di atas perkembangan politik yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, disebabkan berlaku penarikan sokongan segelintir ahli dewan rakyat, beliau hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen atau meletak jawatan.

Katanya, pilihan paling mudah sudah tentulah untuk meletak jawatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memilihan Perdana Menteri baharu.

Namun katanya, sehingga kini, belum ada Ahli Dewan Rakyat yang memperoleh kepercayaan majoriti yang mana ia tidak membolehkan Perdana Menteri baharu dilantik mengikut perlembagaan.

“Apabila Perdana Menteri dan kabinet baharu tidak boleh dilantik, apa akan jadi kepada negara?

“Kerajaan mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar sedangkan tempoh dua bulan akan datang untuk kita mencapai imuniti berkelompok amat penting.

“Sekiranya terganggu dengan kemelut politik dan kerajaan sah tidak dapat dibentuk, maka sasaran imuniti kelompok itu tidak akan dapat dicapai dan nyawa rakyat dalam bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu peruntusan khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Justeru, beliau telah membentang satu rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan sekiranya usul undi percaya di Parlimen pada September depan diluluskan.

Beliau percaya kerajaan baharu yang akan diwujudkan selepas usul undi percaya dibentangkan itu akan menjadi kerajaan yang lebih stabil dan inklusif bagi mendepani cabaran pandemik COVID-19.

-Akan menyusul-

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

297
Kongsi :
Previous post Lebih 26 juta dos vasin diberikan setakat semalam
Next post PRU-15 paling lewat Julai 2022 – PM
Ubah saiz-+=