
Lebih 26 juta dos vasin diberikan setakat semalam
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Sebanyak 26,388,905 dos vaksin COVID-19 telah diberikan di seluruh negara menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu seramai 16,545,384 orang menerima dos pertama, manakala 9,843,521 orang menerima dos kedua.
Menerusi perkongsian infografik di Twitternya beliau berkata, daripada segi peratusan, 70.7 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama.
“Sementara, sebanyak 42.0 peratus lagi telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 525,342 dos diberikan semalam dengan 197,962 adalah dos pertama manakala 327,380 adalah dos kedua.
Dr Adham berkata, bagi perincian dos pertama, Johor mencatatkan pemberiaan dos pertama vaksin tertinggi dengan 36,996 orang, diikuti Sabah sebanyak 23,069 orang dan Selangor 22,166 orang.
Negeri yang mencatatkan penerimaan harian tertinggi dos kedua adalah Selangor dengan 90,692 orang, Kuala Lumpur 52,765 orang dan Johor seramai 31,205 orang.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemic COVID-19 di seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
