
Perlu masa tambahan untuk stabilkan isyarat MEASAT-3
KUALA LUMPUR 27 Jun – Lebih banyak masa diperlukan untuk menyelesaikan sepenuhnya proses penstabilan isyarat dan satelit yang kompleks, kata MEASAT Global Berhad (MEASAT).
Menurut kenyataannya hari ini berhubung perkembangan proses penyelenggaraan MEASAT 3, ini berdasarkan tahap kemerosotan perkhidmatan sekejap-sekejap yang dikesan sepanjang pemantauan ke atas perkhidmatan satelit yang baru dibaik pulih itu.
“Bagi memastikan semua perkhidmatan beroperasi sepenuhnya pada tahap optimum dan bertahan untuk jangka panjang, kami meneruskan pemantauan dan penyelenggaraan dengan menugaskan satu pasukan bagi memastikan tahap prestasi yang disasarkan dicapai segera serta boleh dikekalkan sepenuhnya.
“Segala kesulitan adalah dikesali,” kata MEASAT.
Sebelum ini, anomali satelit yang dikesan pada MEASAT-3 pada Isnin lepas, dilaporkan diatasi dan terkawal sejak pagi Khamis.
MEASAT merupakan pembekal premium perkhidmatan komunikasi dan video kepada agensi penyiar utama, platform Direct-To-Home serta operator telekomunikasi.
Berkapasiti merentasi lima satelit komunikasi, MEASAT menyediakan perkhidmatan kepada lebih 150 negara mewakili 80 peratus penduduk dunia di seluruh Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Australia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
KETUA MENTERI TURUN ASAHAN BUKAN DENGAN ‘TANGAN KOSONG’
ASAHAN 23 Ogos - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelbagai bentuk bantuan, pembangunan dan sumbangan kepada warga Dewan...
KEAMANAN MELAKA HASIL PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pertemuan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dianggap amat istimewa oleh Ketua...
