Permudahkan pinjaman peniaga kecil

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

MASJID TANAH 9 November – ‘Siapapun yang bakal mentadbir kerajaan, permudahkanlah peniaga kecil seperti kami di Masjid Tanah ini buat pinjaman agar mampu meningkatkan sumber pendapatan.”

Itu luahan Sharifah Izan Othman, 40 yang sudah berniaga secara kecil-kecilan termasuk menjadi peniaga pasar malam sejak 17 tahun lalu.

Katanya, dia baharu sahaja bangkit dari kerugian selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan kini terpaksa menggunakan simpanan untuk meningkatkan pendapatan keluarga menerusi perniagaan.

“Harapan kami peniaga kecil seperti kami di pasar malam ini dipermudahkan pinjaman kerana saya sendiri baharu sahaja bangkit dari PKP, susah hendak ‘survive’ dan bangunkan semula perniagaan.

“Peniaga kecil ini agak susah buat pinjaman sebab tiada pendapatan tetap, terpaksa ‘saving’ (menyimpan) sendiri dan kalau ada pinjaman daripada pihak-pihak tertentu dapat bantu, Insha-Allah kami mampu meneruskan kelangsungan hidup,” katanya ketika ditemui di Pasar Malam Kuala Linggi di sini.

WhatsApp Image 2022-11-09 at 3.06.12 PM (1)
Hamdan

Sementara itu, Hamdan Ab Jalil, 48 yang mengharapkan segala kaedah pembayaran semula pinjaman yang diberikan kepada peniaga kecil terutama yang tinggal di kawasan pedalaman dipermudahkan.

“Saya harap siapapun yang menang, jangan menang hilang, menang hilang dan kalau boleh buatlah pembaharuan dari segi kaedah pembayaran balik seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu dipermudahkan.

“Hendak buat bayaran balik agak susah sikit, mungkin ada cara lain yang boleh dipermudahkan supaya sistem bayaran itu boleh dilakukan, contohnya macam warga emas kadang-kadang tidak tahu guna telefon dan tiada akses internet,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1483
Kongsi :
Previous post Pelancongan desa di Tangga Batu diperkasa
Next post PM lawat Pekan Durian Tunggal
Ubah saiz-+=