Sorting by

×

PERSIARAN JALAN MERDEKA DITUTUP SECARA BERPERINGKAT MULAI ESOK

Masa Membaca:54 Saat

BANDA HILIR 27 Ogos – Persiaran Jalan Merdeka di Banda Hilir akan ditutup secara berperingkat mulai esok hingga Ahad.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu adalah bersempena Majlis Sambutan Ambang Merdeka dan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025.

Kenyataan itu menjelaskan, bermula esok (28 Ogos) penutupan akan dilakukan bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 7 malam hingga selesai bagi memberi laluan kepada raptai perbarisan kontinjen serta Majlis Sambutan Ambang Merdeka.

“Penutupan jalan turut dilakukan pada Jumaat bermula jam 7 pagi hingga selesai dan 7 malam hingga selesai bagi raptai penuh perbarisan kontinjen serta Majlis Sambutan Ambang Merdeka.

“Manakala pada 30 Ogos penutupan jalan dibuat bermula jam 6 petang hingga selesai bagi Majlis Sambutan Ambang Merdeka,” kata kenyataan itu.

Tambah MBMB, bersempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos pula, penutupan jalan akan dilakukan bermula jam 7 pagi hingga selesai.

“Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Pengguna jalan raya dipohon merancang perjalanan anda dan berhati -hati ketika memandu,” tambah kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

722
Kongsi :
Previous post KEJOHANAN BOLING KUKUHKAN PERPADUAN KRT ALOR GAJAH
Next post PPSPM RANCAKKAN JALINAN KERJASAMA, BANTU PELANCONG KE MELAKA BERJIMAT