PERTANDINGAN MEWARNA ‘WARNAI’ KUAM 2024

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BATU BERENDAM 3 November – Pertandingan mewarna memeriahkan lagi sambutan hari terakhir Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), di sini, hari ini.

Program anjuran Menara Taming Sari Berhad (MTSB) bersama Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia itu disertai 50 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

Pengurus Pemasaran dan Korporat MTSB Mohd Husni Husin berkata, pertandingan itu merupakan antara inisiatif pihaknya dalam mempelbagaikan aktiviti, di samping menjadi daya penarik untuk pengunjung pada karnival berkenaan.

“Pertandingan mewarna ini antara sebahagian pengisian pada penganjuran KUAM, kerana kita mahukan anak-anak khususnya dapat merasai kepelbagaian aktiviti yang ada.

“Ini ada penganjuran kali kedua yang mana pada KUAM 2024 ini MTSB menjalinkan kerjasama dengan KFC dan setiap tahun kita cuba bawakan kelainan dengan menjalinkan kerjasama bersama syarikat berlainan.

“Pada KUAM 2024 ini sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu bagi Kategori A membabitkan kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun manakala Kategori B terbuka kepada kanak-kanak antara lapan hingga 12 tahun,” katanya.

Img 20241103 192830 096
PENYAMPAIAN hadiah kepada pemenang. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Menurut Husni, MTSB akan terus memperluaskan kerjasama dengan restoran makanan segera terkemuka itu apabila turut merancang akan memperkenalkan pakej pembelian kombo tiket dan makanan khususnya untuk murid sekolah.

“Sebelum ini apabila ada rombongan atau lawatan dari sekolah, kita diajukan pertanyaan sama ada terdapat pakej makanan untuk-untuk murid jadi kita untuk perkenalkan pakej kombo ini.

“Sekiranya kerjasama ini dapat dilaksanakan, kita di pihak MTSB akan menawarkan pembelian tiket bersama kombo makanan untuk murid-murid yang mengikuti rombongan sekolah ke Menara Taming Sari,” katanya.

Terdahulu, majlis penyampaian hadiah pertandingan itu disempurnakan Husni bersama Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron dan wakil KFC Batu Berendam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

349
Kongsi :
Previous post LEBIH 10,000 MERIAHKAN MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI NOVEMBER
Next post KUAM 2024 ‘JENTIK’ SEMANGAT ANAK BERGELAR JURUTERBANG
Ubah saiz-+=