KUAM 2024 ‘JENTIK’ SEMANGAT ANAK BERGELAR JURUTERBANG

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BATU BERENDAM 4 November – Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 (KUAM 2024) menjadi medan untuk seorang bapa merealisasikan cita-cita anaknya untuk bergelar juruterbang, suatu hari nanti.

Menurut Lim Hsueh Fong, 45, minat anaknya terhadap bidang itu mendorong dia dan isteri Julia Ong, 44, untuk datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) bagi membolehkan anaknya melihat secara dekat aset dan aksi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Anak saya memang sangat berminat untuk menjadi seorang juruterbang, jadi saya membawanya datang ke karnival ini supaya dia dapat lihat sendiri aset-aset tentera yang dipamerkan.

“Sudah tentu KUAM 2024 ini bagus untuk diadakan pada tahun akan datang kerana ia dapat memberi ilmu pengetahuan kepada orang ramai.

“Ini adalah tahun kedua saya bersama isteri dan anak datang ke karnival ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini pada KUAM 2024 di LTAM di sini, semalam.

Hsueh Fong turut berpesan kepada anaknya Lim Jing Quan, 11, agar belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut.

Sementara itu, Siti Nurfadhizatul Farahain Yahya, 27, menganggap KUAM 2024 memberi pengalaman kepada orang ramai merasai dan melihat sendiri aset ketenteraan yang dipamerkan.

“Dengan adanya karnival ini orang ramai boleh lihat lebih dekat helikopter atau pesawat digunakan TUDM.

“Mungkin juga anak-anak dan generasi muda yang datang jadikan karnival ini sebagai inspirasi kepada kerjaya atau cita-cita mereka pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

110
Kongsi :
Previous post PERTANDINGAN MEWARNA ‘WARNAI’ KUAM 2024
Next post SUKAN BOLA BALING MASIH POPULAR
Ubah saiz-+=