Sorting by

×

PERUBAHAN PORTFOLIO, BUKAN ROMBAK EXCO – KM

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, akan melakukan perubahan portfolio dalam kalangan Exco sedia ada, bagi melancar dan memperkasakan lagi perhidmatan kepada rakyat.

Ketika menjelaskan perkara itu, Ab Rauf berkata, perubahan portfolio bakal dilaksanakan bertujuan  menyelaras tugas Exco agar tidak terlalu membebankan mereka.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, ketika ini ada dalam kalangan Exco memikul tugas berat berikutan memegang pelbagai portfolio.

“Tidak ada sebab (untuk rombakan Exco), cuma saya tidak mahu terlalu membebankan seseorang Exco dengan portfolio yang banyak. Saya hendak selaraskan dalam portfolio itu dengan menggabungkan tugas bersama Exco lain.

“Bukan rombakan atau pengguguran Exco, tetapi akan ada beberapa perubahan portfolio,” tegas Ketua Menteri ketika mengulas mengenai khabar angin akan berlaku rombakan Exco Kerajaan Negeri Melaka pada sidang media selepas membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Undangan Negeri Melaka, hari ini.

Malah, Ab  Rauf menyatakan beliau amat berpuas hati dengan prestasi  semasa semua Exco yang disifatkan berada pada tahap cukup baik dalam menyokong kepimpinanya menerajui Negeri Melaka.

Sehubungan itu beliau, meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin mengenai rombakan Exco kononnya akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

“Saya tidak rombak orang hanya pertukaran portfolio, tidak ada lantikan baharu, Exco kekal cuma ‘title’ sahaja yang bertukar.

“Kapal ini sedang belayar dengan baik, jangan cuba nak bocorkan. Saya memandang pentadbiran ini menuju ke arah usaha menyentuh hati rakyat.

“Jadi jangan percaya Khabar angin yang membuat pelbagai andaian mengenai perkara itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

824
Kongsi :
Previous post MENDIGITALKAN BECA MELAKA
Next post ‘POCKET EVENT’ MENARA TAMING SARI GAMIT LEBIH 1,000 PENGUNJUNG
Ubah saiz-+=