
Pesawat hilang kawalan, pelatih penerbangan selamat
AYER KEROH 18 Ogos – Sebuah pesawat dikendalikan pelatih juruterbang wanita hilang kawalan ketika sedang melakukan pendaratan di landasan RWY 21, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam, di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira jam 12.16 tengah hari itu membabitkan pesawat jenis Piper 28, milik sebuah akademi penerbangan.
“Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 23 tahun melakukan penerbangan Solo, namun ketika mahu mendarat pesawat ringan itu dilaporkan hilang kawalan.
“Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Melaka mengadu sakit dada dipercayai akibat hentakan dan setakat ini dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan lain,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata, pesawat ringan berkenaan juga sudah dialihkan dari lokasi kemalangan jam 12.50 tengah hari tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
ILMU KEIBUBAPAAN PANDUAN PENTING BUAT BAKAL IBU
TELOK MAS 17 Jun -Setiap wanita menunggu kelahiran cahaya mata perlu mempersiapkan diri daripada aspek fizikal, emosi dan mental yang rapi...
