Usaha jadikan Masjid Tanah daerah baharu tidak dihentikan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 18 Ogos – Usaha untuk menjadikan Masjid Tanah sebagai daerah keempat di Negeri Melaka dijalankan secara berterusan kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengulas mengenai perkara itu, Ab Rauf berkata, ketika ini Kerajaan Negeri sedang meneliti dan melakukan kajian terperinci kerana penubuhan daerah baharu pastinya akan melibatkan kos pengurusan yang tinggi.

“Apabila Masjid Tanah menjadi sebuah daerah sudah pasti kos kutipan hasil bagi Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah akan berkurang.

“Kita sedang berusaha mempertingkatkan jumlah pendapatan bagi mengimbangi kos operasi yang akan ditanggung pejabat daerah itu sendiri apabila perkara ini dilaksanakan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Bersama Masyarakat Tahun 2023 di Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Turut hadir Pegawai Daerah Alor Gajah, Sabrina Thalas, Jurutera Daerah Alor Gajah, Ir. Mohd Haidir Haron serta Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Katanya, usaha itu akan menjadi lebih mudah dan boleh disegerakan jika Masjid Tanah terus pesat membangun.

“Lebih banyak pembangunan di kawasan ini, lagi cepat ianya (daerah baharu) dapat dilaksanakan, jadi kita sedang berusaha ke arah itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3517
Kongsi :
Previous post Pesawat hilang kawalan, pelatih penerbangan selamat
Next post IPR bantu miskin tegar tingkat pendapatan
Ubah saiz-+=