
Pesawat terhempas: Proses bedah siasat dijangka selesai hari ini
KLANG,14 Feb – Proses bedah siasat mangsa nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda di sini tengah hari semalam, dijangka selesai hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata waris kedua-dua mangsa telah hadir ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) pagi ini.
“Urusan bedah siasat dijangka selesai hari ini dan (mayat) boleh diserahkan kepada waris,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pemerhatian Bernama di Jabatan Forensik HTAR mendapati waris kedua-dua mangsa tiba di pekarangan hospital kira-kira 8 pagi tadi.
Mengikut manifest (senarai penumpang dan anak kapal) yang didaftarkan, nama mangsa yang terbunuh ialah juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 42.
Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari semalam.
Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PULAU MELAKA BAKAL JADI ‘PIT STOP’ P-HAILING
SERI BENDAHARA 12 Mac - Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan sebuah bangunan dilengkapi fasiliti di Pulau Melaka sebagai kemudahan tempat...
LEBIH 2,000 PENGGIAT GIG MELAKA MOREH BERSAMA KETUA MENTERI
SERI BENDAHARA 12 Mac - Lebih 2,000 rakan penghantar makanan dan pemandu e-hailing dari seluruh negeri ini berhimpun dan memeriahkan...
PERUNTUKAN BANTUAN PENDIDIKAN MAHASISWA ANAK MELAKA MENINGKAT RM240,000 – KM
SERI BENDAHARA 11 Mac - Kerajaan Negeri membuktikan komitmen dan keprihatinan terhadap sektor pendidikan serta pembangunan mahasiswa anak Melaka menerusi...
GAGASAN ‘MESRA’ TOK RAOP SANTUNI 450 MAHASISWA ANAK MELAKA
SERI BENDAHARA 11 Mac - Seramai 450 mahasiswa anak jati Melaka daripada 19 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara bersama...
LEBIH 5,000 PARKIR PERCUMA SELAMA SEMINGGU DI ALOR GAJAH
AYER KEROH 11 Mac - Inisiatif parkir percuma selama tujuh hari yang diumumkan Kerajaan Negeri sempena Aidilfitri membabitkan sebanyak lebih...
KERAJAAN TIDAK ANJUR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI, HADKAN LAWATAN LUAR NEGARA MENTERI – ANWAR
KUALA LUMPUR, 11 Mac - Semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena...
