Petrol percuma bukan ‘gula-gula’ kepada rakyat

Masa Membaca:53 Saat

PAYA RUMPUT 22 Oktober – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin menafikan Program Pemberian Minyak Motosikal Percuma hari ini bukanlah ‘gula-gula’ kepada rakyat.

Jelas Rais, program yang dijalankan serentak di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Negeri itu adalah sebagai simbolik dan tanda terima kasih sekaligus dapat mringankan beban pelbagai golongan yang menunggang motosikal.

Katanya, program itu bukanlah ‘gula-gula’ Pilihan Raya Umum (PRU) seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

“Di DUN Paya Rumput, kita sasarkan kira-kira 2,000 penunggang motosikal yang akan hadir ke tiga stesen minyak dalam Dun Paya Rumput.

“Setiap stesen kita anggarkan dalam 500 ke 600 penunggang dapat mengisi petrol motosikal percuma.

“Tiga stesen minyak itu adalah Stesen Petronas Taman Rambai Utama, Stesen Petronas Cheng dan Stesen Caltex Krubong,” katanya.

Beliau juga Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi Negeri berkata demikian pada sidang media selepas Program Isi Minyak Motosikal Percuma Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di Stesen Minyak Petronas Taman Rambai Utama, di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4273
Kongsi :
Previous post 145 keluarga terima sumbangan Deepavali
Next post Lebih 3,000 dapat petrol percuma
Ubah saiz-+=