
PGA8 gagalkan cubaan seludup 541 ekor burung murai batu
KOTA BHARU, 30 Mei – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 541 ekor burung murai batu bernilai kira-kira RM571,500 secara haram ke dalam negara, semalam.
Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, DSP K.Ramesh berkata dalam Op Wawasan pada 4 petang itu, sepasukan anggota ‘Strike Force’ mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Jubakar, Tumpat.
Beliau berkata pemeriksaan keatas kenderaan itu membawa kepada penemuan 32 bakul plastik yang mengandungi 541 burung murai batu, dipercayai cuba diseludup dari negara Thailand.
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM571,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramesh berkata pihaknya kemudian menahan pemandu kereta berumur 28 tahun dari Grik, Perak itu, manakala kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk disiasat di bawah Seksyen 60 (1)(a) Akta Perhilitan 1972. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
