
Piala Malaysia: Zainal tekad bawa Melaka lakar sejarah
Beliau berkata anakĀ buahnya kini berada dalam momentum terbaik danĀ semangat juang tinggi selain bebas daripada kecederaan kecuali Gary Steven Robbat, bagi meneruskan cabaran dalam saingan tersebut.
“Tiada laluan mudah bertemu pasukan seperti Kedah FC, Negeri Sembilan FC dan Kelantan United FC tetapi kita mahu pastikan untuk berada di tangga dua teratas kumpulan ini untuk layak ke pusingan seterusnya.
“Sudah tentu bagi mana-mana jurulatih, pemain yang beraksi dalam saingan berprestij seperti Piala Malaysia menyasarkan untuk beraksi sehingga perlawanan akhir, begitu juga saya dan skuad Melaka tidak terkecuali,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Sukan Negara 2021 peringkat negeri di Serkam di sini hari ini.
Zainal Abidin, yang pernah merangkul Piala Malaysia beberapa kaliĀ sebagai pemain pada era 80-an dan 90-an, juga bertekad untuk mengulangi pencapaian kali terakhir menjulangĀ trofi itu sebagai jurulatih ketika membimbing Pahang pada musim 2014.
Jurulatih berusia 59 tahun yang sudah tiga musim membimbing skuad Sang Kancil, berkata dalam kempen Piala Malaysia sempena edisi ke-100 tahun itu tiada sesuatu yang mustahil untuk dicapai berikutan kejutan demi kejutan dipamerkan banyak pasukan dalam saingan tersebut.
“Enam mata daripada dua perlawanan termasuk menewaskan Kedah sebelum ini cukup membangkitkan semangat pemain.Ā Kami akan terus memberikan yang terbaik untuk melepasi saingan peringkatĀ kumpulan,” katanya.
Untuk rekod, pencapaian terbaik pasukan Melaka dalam kejohanan bola sepakĀ tertua di Asia Tenggara itu adalah sekadar melepasi peringkat suku akhir pada 2017 dan 2019.
Melaka yang mengumpul enam mata kini mendahului Kumpulan C, manakala Kedah dengan kutipan tiga mata di tangga kedua selepas dua perlawanan.
Skuad bimbinganĀ Zainal Abidin ituĀ bakal bertemu Kelantan di Stadium Hang JebatĀ pada 29 Okt, manakala aksi timbal balik bertemu pasukan berkenaanĀ pada 1 Nov, diikuti Negeri Sembilan (6 Nov) dan Kedah (9 Nov).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


