
Piala Tun Abdul Razak: Hoki wanita Melaka mula langkah kanan
SKUAD hoki wanita Melaka memulakan saingan Piala Tun Abdul Razak 2020 dengan langkah kanan apabila menewaskan naib juara tahun lalu, Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Melaka yang diletakkan dalam kumpulan B, bagaimanapun terpaksa menunggu hingga ke minit ke-28 untuk membuka tirai jaringan.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin menerusi jaringan padang.
Seterusnya, pada Ahad, Melaka bakal ditentang Sarawak yang dibelasah Pahang 0-5 dalam aksi pembukaan.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...
