Pingat jasa pahlawan, penghormatan buat pesara polis

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Seramai 1,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Melaka terdiri daripada pelbagai pangkat dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) tahun ini, kata Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah.

Beliau berkata, penganugerahan itu sebagai penghargaan atas pengorbanan, bakti serta jasa mereka (pesara) kepada negara yang berkhidmat semasa era darurat.

“Penganugerahan ini tidak mengira pangkat, ini satu penghormatan pihak kerajaan kepada pegawai dan anggota polis yang berkhidmat dalam tempoh tersebut.

“Justeru itu, hari ini kita sampaikan kepada tiga pesara polis di tiga kawasan iaitu di Limbongan, Bukit Beruang dan Taman Tasik, selebihnya lagi 997 anggota akan diberikan pingat ini selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Kita laksanakan dengan kaedah rumah ke rumah untuk memudahkan mereka khususnya yang sudah uzur atau sakit, jadi baki yang ada itu kita akan selesaikan nanti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas menyampaikan pingat bagi Istiadat Penganugerahan PJPN ‘Tanpa Istiadat’ PDRM Kontinjen Melaka di Taman Tasik di sini hari ini,” katanya.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Melaka, Datin Sabariah Hashim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1490
Kongsi :
Previous post Anak mengaku salah kelar ibu, adik hingga cedera parah
Next post Permit mercun dikeluarkan hari ini, tiada permohonan baharu
Ubah saiz-+=