
PKPD Lubok Redan libatkan 151 kediaman
MASJID TANAH 16 Mei – Sebanyak 151 rumah kediaman terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lubok Redan, di sini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, PKPD Lubok Redan melibatkan 531 orang penduduk yang menetap dalam kawasan itu.
“Dalam pelaksanaan PKPD Lubok Redan, sebanyak lapan lokasi jalan tikus dikesan yang berpotensi dijadikan laluan bagi mengelakkan sekatan.
“Di lokasi ini, pihak polis dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), telah meletakkan batu penghadang di lokasi jalan tikus yang dijejaki,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam pada itu, Arshad turut menasihatkan dan meminta kerjasama penduduk serta pengguna jalan raya utama di kawasan Lubok Redan agar terus bersabar dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa.
“Bilik gerakan operasi di Balai Raya Kampung Ujong Padang yang beroperasi 24 jam menempatkan pegawai dari pelbagai operasi, bersedia membantu dalam apa juga bentuk bantuan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...

