
PM hadir sambutan Hari Guru 2023 di MITC
AYER KEROH 16 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, hadir pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.
Terdahulu ketibaan beliau di perkarangan MITC tepat jam 10 pagi, disambut Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Exco Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan lain-lain kenamaan.
Anwar turut berucap pada majlis berkenaan sebelum menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan dua anugerah iaitu Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2023.
Dianggarkan 10,000 guru-guru seluruh negara turut diundang pada sambutan yang bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI’ itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: TOK AJAK SELESAI MENGUNDI DI SK TELOK MAS
TELOK MAS 14 November - Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul...
PRN MELAKA: HAMEED SELESAI BUANG UNDI DI SRA JAIM PAYA RUMPUT
AYER LIMAU 14 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.03 Ayer Limau Datuk Hameed...
PRN MELAKA: MOHD NOOR HELMY SELESAI TUNAI TANGGUNGJAWAB DI SK SERI DUYONG
DUYONG 14 November - Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem selesai menunaikan...
PRN MELAKA: ABDUL HAKIM SELESAI BUANG UNDI DI SRA JAIM DURIAN DAUN
LENDU 14 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid...
PRN MELAKA: RAIS SELESAI BUANG UNDI DI SK PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 14 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin selesai...
PRN MELAKA: AB RAUF HARAP PENGUNDI KELUAR AWAL, DIJANGKA HUJAN SEBELAH PETANG
TANJUNG BIDARA 14 November - Pengundi di Melaka diseru keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin bagi mengelakkan kesulitan sekiranya hujan...
