
PM Muhyiddin selesai terima dos kedua suntikan vaksin COVID-19
PUTRAJAYA 17 Mac. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya di Presint 18, di sini, hari ini.
Suntikan dos kedua itu dilakukan selepas 21 hari beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 24 Februari lalu.
Muhyiddin tiba di klinik itu kira-kira 3 petang dan membuat imbasan kod MySejahtera sebelum dibawa ke bilik vaksinasi untuk pendaftaran dan menerima suntikan vaksin berkenaan.

Turut menerima suntikan ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Selepas menerima suntikan, Muhyiddin mengemas kini aplikasi MySejahtera untuk menunjukkan beliau telah melengkapi dos pengambilan vaksin COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR LAHIR LEBIH RAMAI PAKAR TEKNOLOGI TENAGA
KUALA LINGGI 4 November - Penubuhan Pusat Latihan Kemahiran Turbin Gas CGNEI (CGNEI GTSTC) di Melaka bakal melahirkan lebih ramai...
BERLAYAR DENGAN RAJA EMA, NIKMATI PESONA SUNGAI MELAKA
DUYONG 4 November - Pelayaran menyusuri Sungai Melaka bakal menawarkan pengalaman berbeza apabila selebriti tanah air, Raja Ema dijadualkan bertemu...
MELAKA RANCANG EKOSISTEM PUSAT DATA AI BERKUASA SEHINGGA 2GW
KUALA LINGGI 4 November - Melaka sedang meneliti pembangunan ekosistem kuasa bersepadu berkapasiti indikatif sehingga dua gigawatt (GW) bagi menyokong...
PELABUR ASING PERLU TINGGALKAN KEPAKARAN BUKAN SEKADAR MODAL – FADILLAH
KUALA LINGGI 4 November - Pelaburan asing yang dibawa masuk ke negara ini perlu meninggalkan legasi kepakaran dan teknologi kepada...
TLDM, PERZIM BERGANDING BAHU PULIHARA MUZIUM KAPAL SELAM
KLEBANG 4 November - Kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menerusi konsep kerjasama awam-tentera (CIMIC)...
PRN MELAKA: MELVIN MAHU TEBUS PELUANG KEDUA DI KOTA LAKSAMANA
KOTA LAKSAMANA 4 November - Membawa pendekatan baharu dalam pembangunan infrastruktur, ekonomi dan kebajikan masyarakat menjadi antara misi calon Barisan...
