
PM Muhyiddin selesai terima dos kedua suntikan vaksin COVID-19
PUTRAJAYA 17 Mac. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya di Presint 18, di sini, hari ini.
Suntikan dos kedua itu dilakukan selepas 21 hari beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 24 Februari lalu.
Muhyiddin tiba di klinik itu kira-kira 3 petang dan membuat imbasan kod MySejahtera sebelum dibawa ke bilik vaksinasi untuk pendaftaran dan menerima suntikan vaksin berkenaan.

Turut menerima suntikan ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Selepas menerima suntikan, Muhyiddin mengemas kini aplikasi MySejahtera untuk menunjukkan beliau telah melengkapi dos pengambilan vaksin COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
