
PM ucap selamat menyambut Thaipusam
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di negara ini yang akan meraikan perayaan itu hari ini.
Menurutnya, Thaipusam adalah salah satu upacara keagamaan bagi penganut agama Hindu di seluruh dunia dan diraikan pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.
Bagi penganut agama Hindu, hari Thaipusam adalah peluang untuk mereka menunaikan nazar mengikut kepercayaan agama mereka, katanya.
“Pada kebiasaannya upacara ini disambut di Malaysia dengan perarakan penganut agama itu ke kuil-kuil Hindu membawa pedati arca Dewa Murugan, kavadi dan juga ‘paal koodam’ yang mengandungi susu.
“Tahun ini, sambutannya terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi beliau.
Perdana Menteri berharap semoga sambutan Thaipusam tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat berbilang kaum dan agama serta mengekalkan keharmonian dan kemakmuran Malaysia.
Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua penganut agama Hindu kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan meneruskan upacara keagamaan ini mengikut norma baharu di kediaman masing-masing.
Views:
Related

Berita Lain
BERITA GEMBIRA BUAT PESAWAH DUN KLEBANG
KLEBANG 12 Julai - Pesawah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang yang sebelum ini berdepan masalah kekurangan air bagi...
WRUR DUYONG BAWA PENDEKATAN BAHARU
DUYONG 12 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang bermula esok hingga 26...
PAKEJ ‘SUNSET CRUISE’ TAWAR SUASANA ROMANTIK DAN SANTAI
BANDARAYA MELAKA 12 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkenalkan dua pakej pelayaran 'Sunset Cruise' sempena Hari...
MELAKA PERKUKUH KOMITMEN TERAJUI TRANSFORMASI BANDAR
BANDARAYA MELAKA 12 Julai - Kerajaan Negeri komited memacu transformasi bandar secara inklusif dan mampan menerusi Program Vibrant Melaka Conference...
MBMB PERKENAL TEMPAHAN BECA DALAM TALIAN MELALUI I-TRAFFIC
BANDARAYA MELAKA 12 Julai - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkenalkan ciri tempahan beca secara dalam talian bagi kemudahan penduduk...
POLIS SERBU KEGIATAN SABUNG AYAM, ENAM DITAHAN
BINTANGOR 11 Julai - Polis menyerbu kegiatan sabung ayam berhampiran Tanjung Manis semalam dan menahan enam lelaki. Ketua Polis Meradong...