PMH TEROKA PERNIAGAAN EJEN KEMBARA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 29 Oktober – Perbadanan Melaka Holdings (PMH) Sdn Bhd, mengambil peluang meneroka aktiviti perniagaan baharu iaitu ejen kembara pelancongan menerusi anak syarikatnya, PMH Travel & Event Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Operasinya, Siti Ainshah Osman berkata, memasuki tahun 2025, PMH akan memberikan tumpuan kepada perniagaan ejen kembara, namun pada masa yang sama mengekalkan momentum perkhidmatan yang lain.

“Bagi tahun 2025, PMH akan fokus dengan jenis perkhidmatan yang kami sedang jalankan dan akan perhebatkan khidmat ejen kembara kami menerusi PMH Travel & Event Sdn Bhd.

“Aktiviti ejen kembara ini turut mengambil peluang bersempena dengan pelancaran ‘World Tourism Day 2025’ yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

“Selain itu, kami memfokuskan kepada perniagaan perkhidmatan sedia ada seperti insurans dan takaful, korporat dan kesetiausahaan syarikat, pengurusan acara, pembangunan perniagaan serta hartanah,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan MCORP Bagi Bulan September 2024 anjuran PMH Sdn Bhd di Galeri MCORP, di Menara MITC, baru-baru ini.

Whatsapp Image 2024 10 28 At 10.36.46 Am (1)
SITI Ainshah.

Ketika ditanya mengenai komitmen PMH dalam mendepani cabaran ekonomi mendatang, Ainshah mahu memastikan PMH menjadi organisasi yang unggul dan menjadi contoh buat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Melaka dari segi perkembangan perniagaannya.

“Hasrat kami adalah untuk menjadikan PMH sebagai salah satu organisasi terunggul dan menjadi contoh kepada syarikat-syarikat GLC lain di Melaka.

“Berbekalkan komitmen, tenaga kepakaran, semangat kerjasama berpasukan serta sokongan daripada MCORP, PMH yakin usaha ini akan membuahkan hasil,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

72
Kongsi :
Previous post KALSOM TERIMA ANUGERAH TEMENGGONG TUN HASSAN DMDI
Next post PENGANJURAN JUALAN RAHMAH DISASAR MENINGKAT 200 PERATUS
Ubah saiz-+=