PN umum enam teras utama Ikrar PN Untuk Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

Shah Alam 14 Nov – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan enam teras utama dengan berpacukan 11 strategi berlandaskan 74 pendekatan untuk rakyat Melaka.

Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Ikrar Perikatan Nasional di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Bersatu itu berkata, ikrar yang ditawarkan itu bukan cakap kosong sebaliknya komitmen PN untuk menjadikan Melaka negeri maju.

“Ikrar ini adalah satu komitmen bahawa kerajaan negeri yang bakal dibentuk nanti adalah berteraskan suara rakyat yang mahu melihat Melaka Bangkit Gemilang sebagai sebuah negeri yang maju, prihatin rakyat dan dipimpin oleh sebuah pasukan kepimpinan yang berintegriti.

“Tumpuan kerajaan baharu Perikatan Nasional yang akan dibentuk kelak akan berpaksikan kepada keutuhan ekonomi, keprihatinan kepada rakyat, kerancakan sektor pelancongan, kelestarian alam sekitar, kecekapan infrastruktur serta keteguhan dan kejujuran pentadbiran,” katanya.

Muhyiddin berkata, PN berikrar akan membawa perubahan besar kepada pentadbiran negeri yang bertunjangkan nilai integriti dan ketelusan sekiranya mandat diberikan kepada parti itu.

“Ini bagi memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat senantiasa menjadi nadi dan keutamaan pentadbiran negeri.

“Perikatan Nasional telah merangka satu tawaran yang inklusif dan menyeluruh kepada seluruh rakyat negeri Melaka bagi memastikan tiada golongan yang dipinggirkan daripada mendapat limpahan manfaat hasil pembangunan pesat negeri ini dalam pelbagai sektor ekonomi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

476
Kongsi :
Previous post KKMM sedia tambah baik perkhidmatan pusat media untuk kemudahan petugas, calon
Next post PN mahu tingkatkan potensi ekonomi Melaka
Ubah saiz-+=