
Pokok akar serabut punca banjir kilat
TELOK MAS 24 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad turun padang bagi meninjau kawasan yang terkesan akibat banjir kilat, baru-baru ini.
Menurutnya, terdapat beberapa faktor menjadi punca banjir kilat termasuklah alam semula jadi seperti pokok-pokok yang berakar.
“Saya ke kawasan Taman Jaya dan Taman Melayu di Padang Temu bagi melihat kesan banjir kilat minggu lalu, pokok berakar serabut menjadi punca kerosakan sistem perparitan di sini.
“Masalah perparitan juga mengakibatkan gangguan kabel-kabel elektrik di kawasan yang terlibat,” katanya.
Tinjauan itu mendapat kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Pejabat Daerah Melaka Tengah dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Views:
Related


Berita Lain
BULATAN SUNGAI BARU ULU, BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 70,000 PENDUDUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Lebih 70,000 penduduk sekitar Masjid Tanah menerima manfaat daripada pembinaan Bulatan Sungai Baru Ulu di...
WRUR TANJUNG BIDARA: DATANG AWAL BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 16 September - Seawal jam 7 pagi orang ramai mula beratur panjang kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan...
‘KALAU DAH TANDA TANGAN, HARI INILAH SAYA ISYTIHAR’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 September - "Kalau dah tanda tangan, hari inilah saya isytihar," kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI DIPERKASA SEBAGAI PUSAT PENYELIDIKAN
TANJUNG BIDARA 16 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperluas fungsinya sebagai pusat penyelidikan ilmu falak, selain terus berperanan sebagai...
ADENAN JADI INSPIRASI, MASIH LIGAT DI PADANG MESKIPUN SUDAH DI USIA EMAS
AYER LIMAU 16 September - Biar usia mencecah 64 tahun, Adenan Hassan masih ligat berlari di atas padang, malah tidak...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI BAKAL JADI KLUSTER ASTRONOMI
TANJUNG BIDARA 16 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang terletak di Kampung Balik Batu disasar untuk diangkat sebagai kluster astronomi...
