Pokok tumbang sebabkan laluan di AMJ sesak

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MERLIMAU 3 Mei – Pengguna Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) arah Batu Gajah Merlimau, di sini, cemas selepas sebatang pokok besar di bahu jalan tiba-tiba tumbang, sekali gus menghalang laluan berkenaan.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari itu mengakibatkan berlakunya kesesakan sebelum sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka tiba untuk melakukan operasi mengalihkan serta pembersihan.

Jurucakap JBPM Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang itu pada jam 1.37 tengah hari.

BOMBA bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan operasi pembersihan pokok tumbang di Lebuh SPA berhampiran Bertam Ulu.

Katanya, susulan itu sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi pembersihan.

“Sebaik tiba bomba mendapati terdapat sebatang pokok melintangi jalan raya dan mengahalang laluan.

“Kerja pembersihan dengan memotong dan mengalihkan pokok itu dilakukan dan selesai sepenuhnya pada jam 2.18 petang,” katanya.

Menurutnya, terdahulu sebuah jentera bomba dari BBP Cheng turut keluar melakukan operasi pembersihan pokok tumbang di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA) Bertam Ulu, kira-kira jam 8.20 pagi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1796
Kongsi :
Previous post Dua lemas, enam selamat pondok jeti runtuh di Semporna
Next post PM Singapura ucap selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
Ubah saiz-+=