
Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dalam serbuan itu, pihaknyaĀ menahan 13 ahli sindiket yang dipercayai aktif sejak tahun lepasĀ danĀ merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.48 juta.
Beliau berkata kesemua suspek terdiri daripada warga tempatan termasuk lima wanitaĀ berumur lingkungan 21 hingga 51 tahun.
āDua dalang utama sindiket ini merupakan seorang lelaki yang menjadi koordinator kepada sistem pengedaran dan pemprosesan dadah,Ā manakala isterinya menguruskan segala sewaan rumah dan kenderaan.
āSindiket ini menjadi sumber kepada pengedar dadahĀ lain di sekitar Lembah Klang dan mereka mengedar kepada yang dikenali sahaja dengan menggunakan perkhidmatan kurier,ā katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah KajangĀ di siniĀ hari ini.
Khaw berkata dalam tangkapan pertama, JSJN memeriksa bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Honda City dipanduĀ seorang lelaki berumurĀ 25 tahunĀ dan menjumpai heroin seberat 2.441 kilogram (kg)Ā di Jalan Cheras ā Kajang Expressway.
Beliau berkata pemeriksaan keduaĀ dijalankan di sebuah rumah teres di Semenyih, Selangor dan polis menjumpai 16 bungkusan plastik berisi dadah jenis heroin seberat 7.31 kg.
āTurut dirampas satu plastik lutsinar berisi bahan kimia mengandungi dadah seberat 4.583 kg, lapan botol kaca bahan kimia mengandungi dadah seberat 13.64Ā kg serta pelbagai peralatan untuk memproses dadah.
āPemeriksaan susulan dilaksanakan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur dan menjumpai pelbagai jenis dadah seperti syabu seberat 26.25 kg, heroin seberat 55.33 kg dan 4.208 kg ganja,ā katanya.
Kes ituĀ disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama enam hari bermula Sabtu lepas hingga 3 Mei ini.
Beliau berkata pihak JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan rangkaian sindiket ituĀ yang dipercayai masih bebas dan orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJNĀ 012-2087222.
āTindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, pihak kami menyita pelbagai aset sindiket dengan anggaran RM1.08 juta terdiri daripadaĀ sembilan kereta, sebuah lori, tiga motosikal, wang tunai RM213,000 dan 26 barangan kemas,ā katanya.
—Ā BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.