
Polis buru ‘Wan’
JASIN 28 Jan – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam ugutan jenayah dan khianat.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, suspek dikehendaki bernama Reduan Yusuf atau nama panggilannya Wan, berusia 38 tahun yang beralamat di Jalan Bemban Utama 3, Taman Bemban Utama.
“Polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar segera menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Nurzafira Ab Razak di talian 013-7305560 atau 06-5292222 (sambungan 378).
“Maklumat juga boleh disalurkan terus ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mispani berkata, kes berkait suspek disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HASN 2026: MPJ DIIKTIRAF PERINTIS TENAGA BOLEH BAHARU, KELESTARIAN AGRO
JASIN 24 September - Inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memasang 87 unit lampu solar di lokasi awam serta sistem lampu...
HASN 2026: MBMB TERIMA ANUGERAH BANDARAYA WARISAN HIJAU
AYER KEROH 24 September - Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam memastikan kelestarian dan kebersihan Bandaraya Melaka mendapat pengiktirafan...
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF βHADIAHβ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIHΒ
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September β Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
