
Polis keluarkan 16,163 saman langgar lampu isyarat merah dalam tempoh 15 hari operasi
KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Polis mengeluarkan 16,163 saman pada Operasi Khas Lampu Isyarat Merah dalam tempoh 15 hari operasi di seluruh negara bermula 15 hingga 30 Sept lepas.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata operasi tersebut menumpukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah dengan saman paling banyak dikeluarkan melibatkan motosikal iaitu 8,211 saman diikuti kereta (6,083), lori (528), van (264), bas (22) dan 1,055 saman untuk lain-lain kenderaan.
Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan 24,276 saman melibatkan lain-lain kesalahan lalu lintas dengan 71,069 kenderaan diperiksa.
“Seramai 27 individu ditahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memiliki waran tangkap saman trafik dalam operasi itu.
“Polis memandang serius sikap dan trend pengguna jalan raya yang mewujudkan risiko kemalangan ekoran tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat dan orang ramai dinasihat supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi tersebut dijalankan di 1,659 lokasi seluruh negara melibatkan 1,541 anggota.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
VATICAN CITY SIMPAN RAHSIA SEJARAH HANG TUAH
AYER KEROH 26 September - Vatican City dikatakan menyimpan satu rahsia sejarah yang berpotensi membuka lembaran baharu mengenai Laksamana Hang...
‘LANGIT YANG SAYA JUNJUNG IALAH KEDAULATAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA’ – AB RAUF
AYER KEROH 26 September - Kedaulatan dan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas perjuangan Kerajaan Negeri untuk mengembalikan Melaka sebagai...
PERLEMBAGAAN TIDAK BOLEH DIBACA SECARA ‘À LA CARTE’
AYER KEROH 26 September - Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dibaca secara ‘à la carte’ dengan hanya mengambil peruntukan yang menyebelahi...
PENYATUAN UMMAH PERLU DIUSAHAKAN, PERBEZAAN PARTI JANGAN HALANG KESEPAKATAN
AYER KEROH 26 September - Gerakan penyatuan ummah perlu terus diusahakan supaya perbezaan parti politik tidak menjadi penghalang kepada kesepakatan...
TPM GARIS TIGA LANGKAH PERKUKUH KEFAHAMAN SEJARAH, KEHARMONIAN NEGARA
AYER KEROH 26 September - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan tiga perkara utama bagi...
A.K.A.R JADI PEGANGAN KENEGARAAN, PANDU BINA MASA DEPAN BERSAMA – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 26 September - Akronim A.K.A.R diperkenalkan sebagai pegangan kenegaraan yang merumuskan empat prinsip utama bagi membimbing masyarakat memahami...

