
Polis kesan penunggang motosikal berkuasa tinggi menunggang secara berbahaya
BALIK PULAU, 28 Feb – Polis telah mengenal pasti sekumpulan individu yang menunggang motosikal berkuasa tinggi secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dekat sini yang aksi mereka dirakam dan ditularkan di media sosial, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata berdasarkan rakaman video itu pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam dan terlibat di dalam aksi berbahaya tersebut.
“Ekoran kejadian itu, pihak kami menerima satu laporan polis dan sekarang ini kita sedang mengesan penunggang-penunggang motosikal tersebut bagi membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hamizah Ahmad Rosli di talian 013-2064 682 bagi membantu siasatan.
Terdahulu satu rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat tular di media sosial memaparkan penunggang dua motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi iaitu lebih 280 kilometer sejam (km/j).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...
TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU
MACHAP JAYA 23 Ogos - Gelagat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mengagihkan kuih dari meja ke...
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan...
