
Polis tahan lelaki pandu MPV secara berbahaya
KUALA LUMPUR, 2 Mei – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya di Kilometer (KM) 25.1 hingga KM 27.5 Lebuhraya Karak menghala ke Genting Sempah, Pahang, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata pembuli jalan yang berusia 43 tahun itu ditahan di perkarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada pukul 2 petang.
“Pemandu ini telah dibawa menjalani ujian air kencing di Bahagian Narkotik IPD Gombak dan hasil ujian adalah negatif. Beliau juga dibawa ke Hospital Selayang untuk diambil sampel darah bagi tujuan ujian alkohol,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pemandu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk mendapat perintah reman bagi disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
Semalam tular di media sosial satu klip video yang memaparkan kenderaan MPV yang dilihat cuba memotong barisan secara berbahaya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELAJAR TVET BANGGA PILIH BIDANG KEMAHIRAN, YAKIN MASA DEPAN LEBIH CERAH
TANJUNG BIDARA 5 November - Persepsi terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang semakin positif meningkatkan keyakinan...
PENERIMAAN POSITIF PENGUNDI SUNTIK SEMANGAT CALON BN REMBIA
REMBIA 5 November - Penerimaan positif masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia terhadap calon Barisan Nasional (BN) menjadi antara...
PRN MELAKA: EMPAT FELDA KUBU KUAT BN DI ALOR GAJAH
REMBIA 5 November - Empat kawasan Felda dalam Parlimen Alor Gajah dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan mampu...
PRN MELAKA: ‘ABANG HAKIM’ MAHU SEGARKAN LAGI WAJAH PEKAN MASJID TANAH
LENDU 5 November - Kebersihan, keceriaan dan penambahbaikan landskap Pekan Masjid Tanah bakal menjadi antara keutamaan calon Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: ACIK ZUL TAK JANJI YANG ‘BOMBASTIK’ TAPI JANJI REALISTIK
TABOH NANING 5 November - Penyandang kerusi N05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin merancang pembangunan...
PRN MELAKA: 80 PERATUS ISU BANJIR DUN AYER LIMAU BERJAYA DITANGANI – HAMEED
AYER LIMAU 5 November - Lebih 600 rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) N03 Ayer Limau terjejas akibat banjir besar...
