
Polis tunggu laporan kimia lengkapkan siasatan kemalangan babitkan dua kematian Sabtu lepas
BUKIT MERTAJAM, 15 Nov – Polis sedang menunggu laporan kimia bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan yang mengakibatkan dua maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata ia membabitkan laporan kimia bagi sampel darah remaja lelaki berusia 16 tahun yang merupakan pemandu kereta yang merempuh sebuah motosikal, menyebabkan penunggang dan pemboncengnya maut.
“Setakat ini polis telah merekodkan keterangan beberapa saksi dan mereka yang terlibat dalam kemalangan, polis juga telah mendapatkan rakaman “dashcam” pemandu kenderaan lain yang berada di lokasi semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya siasatan kejadian kemalangan itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, dua maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja terbabit yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori, dan susulan kemalangan itu, polis turut menyaman ibu remaja itu kerana cuai apabila membenarkan anaknya memandu kenderaannya tanpa lesen.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TANJUNG BIDARA: DATANG AWAL BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 16 September - Seawal jam 7 pagi orang ramai mula beratur panjang kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan...
‘KALAU DAH TANDA TANGAN, HARI INILAH SAYA ISYTIHAR’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 September - "Kalau dah tanda tangan, hari inilah saya isytihar," kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI DIPERKASA SEBAGAI PUSAT PENYELIDIKAN
TANJUNG BIDARA 16 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperluas fungsinya sebagai pusat penyelidikan ilmu falak, selain terus berperanan sebagai...
ADENAN JADI INSPIRASI, MASIH LIGAT DI PADANG MESKIPUN SUDAH DI USIA EMAS
AYER LIMAU 16 September - Biar usia mencecah 64 tahun, Adenan Hassan masih ligat berlari di atas padang, malah tidak...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI BAKAL JADI KLUSTER ASTRONOMI
TANJUNG BIDARA 16 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang terletak di Kampung Balik Batu disasar untuk diangkat sebagai kluster astronomi...
PETAH BERTUTUR SEJAK TADIKA, AISYAH DINOBATKAN JUARA KESELURUHAN PIDATO RUKUN NEGARA 2026
AYER KEROH 15 September - Kepetahan bercakap dan kebijaksanaan menyusun kata-kata menjadi kelebihan buat Raja Nur Shazatul Aisyah Raja Idris...
