
PPSPM ‘ALL OUT’ MERIAHKAN WTD2025
BANDA HILIR 23 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) sedang melakukan persiapan akhir bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) berbaki kurang sebulan sahaja lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, antara yang sudah dilaksanakan adalah menghias empat bot Melaka River Cruse dengan iklan bagi membangkitkan bahang kemeriahan WTD2025 bulan hadapan.
Katanya, dalam masa terdekat pihaknya akan memperbanyakkan lagi pemasangan bendera WTD2025 di lokasi-lokasi strategik bagi menarik perhatian dan mempromosikan acara bertaraf dunia itu.
“Aspek tenaga manusia juga diberikan perhatian, kami akan memastikan jumlah kakitangan bertugas pada tarikh-tarikh penting mencukupi agar sambutan WTD2025 berjalan lancar. Begitu juga dengan komunikasi agar tidak timbul kekeliruan hingga menjejaskan operasi terutamanya melibatkan bot Melaka River Cruise.
“Selain itu pengetahuan kakitangan berhubung perkara-perkata penting mengenai Melaka turut ditekankan kerana dijangka sepanjang tempoh berlangsungnya WTD2025 akan berlaku peningkatan jumlah pengunjung serta pelancong,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di selepas mengedarkan Jalur Gemilang kepada pelancong di perkarangan Babgunan Stadthyus, di sini, pada Khamis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.