
PPSPM PERKASA SISTEM KUALITI, TADBIR URUS LEBIH MANTAP
BANDARAYA MELAKA 19 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menganjurkan Bengkel Pembangunan Sistem Kualiti (SPK) bagi memperkasa sistem dan tadbir urus lebih mantap.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, bengkel yang menampilkan Kumpulan Melaka Berhad sebagai panel program itu berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos lalu.
Katanya, bengkel terbabit bertujuan meningkatkan pemahaman serta kecekapan kakitangan PPSPM dalam pembangunan dan pelaksanaan sistem kualiti selaras dengan piawaian pengurusan ditetapkan.
“Bengkel ini turut membuka ruang kolaborasi antara agensi negeri dalam usaha memperkukuh mutu perkhidmatan dan tadbir urus yang lebih berkesan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata penganjuran bengkel itu juga menjadi sebahagian daripada usaha PPSPM untuk memperkukuh sistem kualiti kerja.
“Selain kualiti kerja, bengkel ini juga termasuk ke arah permohonan pensijilan ISO demi mencapai standard perkhidmatan yang lebih tinggi,” jelasnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM JELAJAH 28 DUN SALUR BANTUAN RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 3 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menjelajah ke kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam...
IFTAR MEGA ‘ALA DULU-DULU’, KACAU DODOL WARNAI PELANCONGAN MELAKA SEMPENA RAMADAN
TELOK MAS 3 Februari - Sektor pelancongan Melaka akan terus hidup sepanjang Ramadan menerusi pelbagai penganjuran program berkonsep kerohanian, budaya...
KEBAKARAN TERBUKA DI MELAKA MELONJAK LIMA KALI GANDA
BUKIT KATIL 3 Februari – Kes kebakaran terbuka di Melaka mencatat lonjakan hampir lima kali ganda dengan 285 kes direkodkan...
476 KELUARGA ASNAF TELOK MAS TERIMA SUMBANGAN RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 3 Februari - Seramai 476 keluarga asnaf fakir dan miskin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima...
PEKERJA KILANG MAUT SELEPAS HANTAR ISTERI KE TEMPAT KERJA
DUYONG 3 Februari – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang mengubah laluan secara mengejut di...
MENARA TAMING SARI ‘BELANJA’ 18 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 3 Februari - Selepas hampir sebulan ditutup, Menara Taming Sari kini kembali beroperasi seperti biasa bermula hari ini....
