PRN MELAKA: HAMEED SELESAI BUANG UNDI DI SRA JAIM PAYA RUMPUT

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER LIMAU 14 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.03 Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer hadir bagi membuang undi di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Paya Rumput, pagi ini.

Beliau tiba di pusat pengundian pada jam 9.30 pagi dan selesai melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada jam 9.55 pagi.

Hameed yang mempertahankan kerusi DUN Ayer Limau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 dicabar Mejar (B) Jaimi Dimon yang mewakili PKR.

Pada Pilihan Raya Negeri yang lalu Hameed menang di DUN Ayer Limau dengan majoriti 1,085 undi.

PRN Melaka ke-16 menyaksikan seramai 79 calon bertanding bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan keseluruhan 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi.

Daripada jumlah itu, seramai 675,166 merupakan pengundi biasa, manakala 12,531 lagi terdiri daripada anggota tentera, pasangan dan anggota polis yang telah diberikan peluang menunaikan tanggungjawab melalui pengundian awal serta undi pos.

Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran disediakan di seluruh negeri bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Melaka ke-15 pada 23 September lalu.

Pada PRN Melaka 2021, BN berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi dan PN dua kerusi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

166
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: MOHD NOOR HELMY SELESAI TUNAI TANGGUNGJAWAB DI SK SERI DUYONG
Next post PRN MELAKA: TOK AJAK SELESAI MENGUNDI DI SK TELOK MAS