PRN MELAKA: ABDUL HAKIM SELESAI BUANG UNDI DI SRA JAIM DURIAN DAUN 

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

LENDU 14 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM, Durian Daun, pagi ini.

Abdul Hakim tiba di pusat pengundian pada jam 8.40 pagi dan selesai melaksanakan tanggungjawab itu pada jam 9.28 pagi.

Beliau adalah calon muka baru mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di DUN Lendu menggantikan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Pada PRN kali ini Abdul Hakim berdepan saingan dua penjuru, apabila dicabar calon daripada  BERSATU, Nazri Ramli.

PRN Melaka ke-16 menyaksikan seramai 79 calon bertanding bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan keseluruhan 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi.

Daripada jumlah itu, seramai 675,166 merupakan pengundi biasa, manakala 12,531 lagi terdiri daripada anggota tentera, pasangan dan anggota polis yang telah diberikan peluang menunaikan tanggungjawab melalui pengundian awal serta undi pos.

Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran disediakan di seluruh negeri bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Melaka ke-15 pada 23 September lalu.

Pada PRN Melaka 2021, BN berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi dan PN dua kerusi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

169
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: RAIS SELESAI BUANG UNDI DI SK PAYA RUMPUT