
Program Subsidi Upah dilanjutkan – Muhyiddin
PUTRAJAYA 31 Mei – Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ bermula 1 hingga 14 Jun ini, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Program Subsidi Upah bagi mengelakkan rakyat daripada hilang pekerjaan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0 yang disiarkan secara langsung sebentar tadi memaklumkan sebanyak RM1.5 bilion telah diperuntukkan menerusi pakej PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+ bagi menyokong hasrat ini.
Katanya, Program Subsidi Upah yang ditanggung kerajaan itu akan diberikan selama satu bulan dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan dan dijangka ia akan memanfaatkan 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan seluruh negara.
“Selain itu, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun
2021.
“Pada masa yang sama, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-LATiH secara percuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GENDANG SUDAH DIPALU, WRUR DUYONG DIBUKA TIRAI SECARA RASMI
DUYONG 13 Julai - Paluan gendang sebanyak enam kali menjadi simbolik kepada pembukaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ECO CRUISE TASIK CHINCHIN TAWAR PELAYARAN MENDAMAIKAN
RIM 13 Julai - Melaka kini memiliki satu lagi produk pelancongan air menarik iaitu Eco Cruise Tasik Chinchin yang bakal...
MAIM PERMUDAH HIDUP BAHARU PASANGAN MUALAF
KESIDANG 13 Julai - Hanya ucapan terima kasih dapat diungkapkan pasangan pengantin mualaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana...
‘JAGA SUNGAI BUKAN MUDAH, TAPI BERBALOI’
BANDARAYA MELAKA 13 Julai - Tugasan bermula awal pagi, berpanas dan menghidu bau kurang menyenangkan, tidak mematahkan semangat dua anak...
WRUR DUYONG LEBIH INKLUSIF, FOKUS KOMUNITI SETEMPAT
BANDARAYA MELAKA 12 Julai – Sebanyak 12 program telah dirancang di bawah portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri...
PERMULAAN TRANSFORMASI BAHARU DUYONG
DUYONG 12 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bakal menjadi titik mula ke arah transformasi pentadbiran baharu di...