Projek jeti nelayan dan bangsal baharu di Pantai Puteri masih diperhalusi, babitkan kos lebih RM7.2 juta

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

SERI NEGERI 23. – Projek pembinaan jeti nelayan dan bangsal baharu di Pantai Puteri tidak dapat dilaksanakan ketika ini berikutan kos terlalu tinggi iaitu melebihi RM7.2 juta.

EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Datuk Norhizam Hassan Baktee menjelaskan sehubungan itu permohonan bagi projek itu akan dibawa ke mesyuarat akan datang untuk diperhalusi.

Beliau berkata, anggaran kos bagi membina sebuah jeti nelayan dan baik pulih bangsal nelayan Pantai Puteri adalah sebanyak RM7,295,922.

“Komponen projek yang terbabit adalah kerja-kerja mereka bentuk, membina dan menyiapkan konkrit, membaik pulih bangsal nelayan serta memasang tiga unit mesi penarik sampan.

“Memandangkan kawasan kerja-kerja penambakan pasir pantai, kajian hidraulik dan pembinaan struktur pemecah ombak bagi melindungi jeti dan bangsal nelayan tersebut dengan anggaran kos RM6.5 juta,” katanya pada sesi soalan bertulis di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Melaka, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor) yang mahu tahu bila projek itu yang dipersetujui oleh ketua menteri pada lawatan pada Jun 2020 akan dilaksanakan selepas tertangguh lebih setahun.

NORHISHAM menjelaskan projek jeti nelayan dan bangsal baharu di Pantai Puteri masih diperhalusi kerana kos tinggi.

Menurut Norhizam permohonan peruntukan telah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), namun tidak dapat dipertimbangkan.

“Permohonan projek ini juga dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Menangani Isu Nelayan (JKMIN) pada 22 Disember 2020, namun tidak dapat dipertimbangkan kerana kos terlalu tinggi,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak 43 permohonan lesen sampan khas 2021 diterima daripada nelayan DUN Pantai Kundor.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 34 hadir temu duga dengan 20 diluluskan dan 14 gagal kerana bukan nelayan sepenuh masa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

919
Kongsi :
Previous post Pengebumian berpusat atasi kelewatan urusan jenazah pesakit COVID-19 – Rahmad
Next post Tiada pemotongan gaji guru JAIM – KM
Ubah saiz-+=