Pengebumian berpusat atasi kelewatan urusan jenazah pesakit COVID-19 – Rahmad

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SERI NEGERI 23 Sept. – Kerajaan negeri bercadang mengadakan pengebumian berpusat di Tanah Perkuburan Bidadari, Ayer Keroh bagi mengatasi isu kelewatan pengurusan jenazah pesakit COVID-19.

Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman (BN-Ayer Molek) berkata sehingga 15 ogos lalu sebanyak 548 kematian kes COVID-19 direkodkan di Melaka yang mana sebanyak 32 kematian BID (diluar hospital) dengan anggaran 20 kematian seminggu.

“Semua jenazah yang disyaki positif COVID-19 wajib menjalani ujian pengesahan ‘turn around time’ (TAT), keputusan ujian yang dikeluarkan dalam tempoh 24 jam.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) memerlukan masa 24 jam bagi pengurusan jenazah di bilik mayat bagi membolehkan pasukan pengendali jenazah menyelesaikan urusan jenazah yang diterima pada hari sebelumnya.

“Kelewatan akan berlaku apabila ramai waris yang meminta jenazah dikebumikan di lokasi tempat masing-masing di mana jarak antara satu lokasi dengan lokasi yang lain adalah jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai kelewatan pengurusan pengebumian jenazah COVID-19 di negeri ini pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas di sini, hari ini.

Katanya, selain itu kerajaan negeri berusaha meningkatkan kapasiti pasukan pengendali jenazah sedia ada bagi memastikan isu kelewatan pengebumi dapat dikawal.

“Ini termasuklah meningkatkan tempoh operasi pusat krematorium bagi pengurusan jenazah bukan muslim serta menambah pasukan pengendali dengan menggalakkan penglibatan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

904
Kongsi :
Previous post Lebih 18 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19
Next post Projek jeti nelayan dan bangsal baharu di Pantai Puteri masih diperhalusi, babitkan kos lebih RM7.2 juta
Ubah saiz-+=