Lebih 18 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LUMPUR 23 Sept – Seramai 18,964,474 individu atau 81 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.3 peratus atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 321,342 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 30,860 dos pertama dan 197,994 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,247,271 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 487 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi (22 Sept), meningkat berbanding 334 kes kematian dilapor pada Selasa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini kini 24,565.

Bagaimanapun, daripada 487 kematian baharu itu, hanya tujuh kes adalah kematian sebenar yang dilaporkan berlaku semalam (22 Sept) manakala selebihnya adalah pelaporan kes kematian tertunggak dan angka boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 161 daripada kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Sejumlah 178 kes kematian direkodkan di Selangor; Sabah (87); Johor (63); Kuala Lumpur (44); Pulau Pinang (36); Kelantan (26); Perak (18); Kedah (14); Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing lima); Terengganu (tiga); Perlis (dua) dan Sarawak (satu), manakala tiada kematian di Labuan dan Putrajaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

315
Kongsi :
Previous post Melaka perkukuh maksud tafsiran Ahli Sunnah Wal Jamaah
Next post Pengebumian berpusat atasi kelewatan urusan jenazah pesakit COVID-19 – Rahmad
Ubah saiz-+=