Projek rendah karbon, bandar pintar MBMB terima pengiktirafan antarabangsa

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

PENGKALAN BATU 27 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merangkul dua anugerah di peringkat antarabangsa pada Green Worlds Awards di Miami, Florida, Amerika Syarikat, 24 April lalu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, menerusi anugerah anjuran The Green Organization UK, England itu, MBMB memenangi Global Gold Winner dan Global Silver Winner.

Katanya, kemenangan tersebut hasil inisiatif MBMB menjalankan projek rendah karbon dan bandar pintar yang dilaksanakan.

“Anugerah tersebut adalah Global Gold Winner bagi kategori Environmental Improvement: Carbon Reduction in Government melalui projek Melaka Low Carbon City (MLCC).

“Antara projek impak tinggi yang dilaksanakan adalah program Zon Bandar Rendah Karbon iaitu di Bukit Peringgit melibatkan 137 ekar yang telah berjaya dinobatkan sebagai Global Gold Winner.

“Satu lagi anugerah ialah Global Silver Winner di bawah kategori Sustainable Development: Sustainability in Government iaitu bagi projek Melaka City Smart Mobility.

“Menerusi kemenangan ini juga saya harap MBMB akan terus memacu kegemilangan dan mengharumkan nama Negeri Melaka serta negara di persada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin mengadakan lawatan ke Pasar Besar MBMB, Jalan Tun Fatimah, di sini, hari ini.

342734600_881215832967613_7231290634425902273_n
Pengarah Perancangan Bandar MBMB TPr. Zuhaila Ahmad Zubel mewakili Shadan menerima anugerah berkenaan di Holiday Inn-Miami International Airport Amerika Syarikat. Foto: MBMB

Mengulas lanjut, Shadan turut berharap inisiatif yang menerima pengiktirafan dunia itu mendapat perhatian dan usahasama bersama warga Bandaraya Melaka dan semua agensi Kerajaan Negeri Melaka.

“Inisiatif ini ke arah kemampanan bandaraya Melaka sejajar dengan sasaran pengurangan karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030,” katanya.

Beliau turut berharap inisiatif hijau terbabit dapat dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat menjelang Tahun Melawat Melaka 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1641
Kongsi :
Previous post PLUS aktifkan laluan ‘SmartLane’ untuk bantu lancarkan aliran trafik selepas cuti raya
Next post Al-Sultan Abdullah zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89
Ubah saiz-+=