PRU15: Empat calon Parlimen Masjid Tanah serah borang penamaan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

LENDU 5 November – Seramai empat calon dari parti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang dilihat memasuki Pusat penamaan calon (PPC) di Kompleks Belia Sukan, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Semua calon berkenaan adalah Abdul Hakim Abdul Wahid yang bertanding atas kerusi BN, Mutalib Uthman (PH), Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang) dan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN).

Ketibaan mereka masing-masing memakai baju kebangsaan serta diiringi pencadang dan penyokong yang bersorak menghangatkan lagi keadaan di parlimen kerusi panas berkenaan.

Terdahulu, calon terawal tiba ialah calon PN, Mas Ermieyati Samsudin kira-kira jam 8.39 disusuli calon GTA, Handrawirawan.

photo_2022-11-05_09-54-14
Calon Pakatan Harapan (PH), Mutalib Uthman tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ia kemudiannya diteruskan dengan calon BN, Abdul Hakim yang hadir pada jam 9.05 pagi dan melengkapkan ketibaan ke pusat pencalonan, calon Pakatan Harapan, Mutalib Uthman kira-kira jam 9.12 pagi tadi.

Kesemua calon mengemukakan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus SPR P134 Masjid Tanah, Saifuddin Abdul Karim di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Sukan Masjid Tanah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7053
Kongsi :
Previous post Calon Parlimen Jasin selesai serah borang pencalonan
Next post Konvoi gelombang biru iringi calon BN, Shahril Hamdan
Ubah saiz-+=