
PRU15: Mahathir tewas di Langkawi
ALOR SETAR, 19 November – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, menurut keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.
Dr Mahathir, 97, yang merupakan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh negara serta calon tertua pada PRU15, hanya memperoleh 4,566 undi berbanding 25,463 undi diterima Mohd Suhaimi yang mencatatkan majoriti 13,518 undi.
Tiga lagi calon yang tewas dalam perebutan kerusi itu ialah calon Barisan Nasional (BN) Datuk Armishah Siraj yang memperoleh 11,945 undi, calon Pakatan Harapan (PH) dari Amanah Zabidi Yahya (5,417 undi) dan calon Bebas yang menggunakan lambang bunga Datuk Abd Kadir Sainudin yang hanya meraih 89 undi dan turut hilang deposit.
Parlimen Langkawi mempunyai 66,777 pengundi dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 72.1 peratus. Sebanyak 508 undi ditolak manakala 135 kertas undi tidak dikembalikan.
Pada PRU14, Dr Mahathir memenangi kerusi Parlimen Langkawi di bawah tiket PKR dengan majoriti 8,893 undi untuk menewaskan calon BN Datuk Nawawi Ahmad dan Zubir Ahmad dari PAS.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAKAF KESIHATAN: MAIM AJAK RAKYAT KUMPUL SAHAM PAHALA BERPANJANGAN
AYER KEROH 28 Ogos - Setiap sumbangan menerusi Wakaf Kesihatan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi menjadi saham pahala berpanjangan,...
LIMA KAPAL PERANG TLDM DIBUKA UNTUK LAWATAN, EMPAT SESI BERMULA ESOK
KLEBANG 28 Ogos - Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset pertahanan negara apabila lima kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia...
SUK TINJAU PERSIAPAN HARI KEBANGSAAN DI KLEBANG
KLEBANG 28 Ogos - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Salhah Salleh meninjau persiapan akhir Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat...
KING KING PULANG KE ‘RUMAH’ DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 28 Ogos - Selepas lebih dua tahun 'merantau' Harimau Malaya jantan, King King akhirnya kembali ke 'rumahnya' di...
70,000 DIJANGKA ‘BANJIRI’ KLEBANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN
KLEBANG 28 Ogos - Dianggarkan 50,000 hingga 70,000 pengunjung bakal membanjiri Dataran Klebang pada 31 Ogos ini bagi menyaksikan Perbarisan...
MELAKA SHOWCASE BUKA PINTU USAHAWAN TEMBUS PASARAN, SASAR RM4.16 JUTA
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Melaka Showcase 2026 bukan sekadar mengetengahkan identiti dan warisan negeri, malah menjadi platform membuka laluan...
