
Remaja 15 tahun didakwa bunuh bayi sendiri
Remaja berusia 15 tahun itu didakwa dengan sengaja membunuh bayi itu di sebuah rumah di Seri Bandi di sini, antara pukul 7 hingga 9 pagi, 8 Februari lepas.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala remaja terbabit diwakili peguam Nuraine Haziqah Shafii.
Dalam kejadian pada minggu lepas, polis menemukan mayat bayi dipercayai ditikam dengan objek tajam di bahagian dada sejurus dilahirkan di rumah yang didiami remaja berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANJIR PULIH, PPS SK PARIT PENGHULU DITUTUP
SUNGAI RAMBAI 1 Januari - Bencana banjir yang melanda dua buah kampung di Sungai Rambai pulih sepenuhnya, hari ini. Sekretariat...
VM2026: MELAKA ANTARA PINTU MASUK UTAMA SAMBUT PELAWAT ANTARABANGSA
BANDARAYA MELAKA 1 Januari – Malaysia menunjukkan kesediaan menyambut kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan mengadakan sambutan ketibaan pelawat antarabangsa...
MOHD FAUZI ‘SEGARKAN’ SENI BUDAYA MELAKA DALAM LAGU
KLEBANG 1 Januari - Komposer lagu Senandung Anak Melaka, Mohd Fauzi Mohamad meluahkan rasa terharu apabila sumbangannya dalam bidang seni...
ORKESTRA BADAN SENI WARISAN ‘DUTA BUDAYA’ MELAKA
KLEBANG 1 Januari - Melaka secara rasminya memperkenalkan Orkestra Badan Seni Warisan Melaka bersempena peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0. Ketua...
MELAKA NOKTAHKAN 2025 DENGAN DERETAN KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN
KLEBANG 1 Januari - Negeri Melaka menoktahkan perjalanan 2025 dengan deretan pencapaian dan kejayaan yang membanggakan. Exco Pelancongan, Warisan, Seni...
SITI NURHALIZA HARGAI PENGIKTIRAFAN MELAKA
KLEBANG 1 Januari - Tahun baharu 2026 membuka tirai amat bermakna buat biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, apabila...
